Program Kemaskini BSH bersama PI Sibuti

4 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sibuti telah mengadakan program kemaskini BSH pada 3 Febuari 2019. Objektif utama program ini untuk mengajak dan mendedahkan komuniti untuk terlibat dalam penggunaan ICT secara terus.

Pada masa yang sama, pengunjung juga turut diberi pendedahan mengenai laman sesawang sebenarnya.my. Pengunjung didedahkan dengan bahayanya penyebaran berita palsu. Program tersebut telah diadakan di Bilik Latihan PI Sibuti dan telah berlangsung selama 4 jam. Seramai 31 orang pengunjung yang telah menghadiri program tersebut.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali